FKASA - Official Portal

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING & EARTH RESOURCES

EKSA

Penerangan Mengenai EKSA

  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
  • EKSA juga telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dalam masa yang sama, imej korporat dapat dikekalkan. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara langsung, kos operasi dapat dijimatkan. Pelaksanaan EKSA secara continuity adalah satu asbab merubah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih berkualiti kerana adanya elemen kreativiti dan innovasi di dalam pekerjaan serta kewujudan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.
  • Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatanone-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Penjenamaan Semula Amalan 5S

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama talam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima eleman baharu iaitu imej korporat, kreativiti dan inovasi, amalan hijau, persekitaran kondusif dan kepelbagaian agensi.

 

EKSA (Amalan 5S)

SISIH – merupakan pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

SUSUN – peralatan dengan teratur, kemas, berkesan, selamat dan mudah dicapai

SAPU – untuk memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan

SERAGAM – bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannnya

SENTIASA AMAL – ialah usaha menyekalkan 1 amalan 5S iaitu sisih, sususn, sapu dan seragam di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di jabatan/agensi masing-masing.

Objektif

  • Meningkatkan imej korporat universiti sebagai universiti yang memasyarakatkan teknologi / menerusi pengurusan komunikasi dan memasyarakatkan teknologi / sebagai peneraju dalam memasyarakatkan teknllogi

  • Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi berteraskan keunggulan teknologi

  • Menerajui inisiatif terkini dalam mewujudkan persekitaran hijau yang kondusif untuk kehidupan yang lestari

  • Meningkatkan imej korporat universiti sebagai peneraju dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pemegang taruh.

Slogan EKSA

Persekitaran kondusif, komuniti efektif

Polisi EKSA

  1. Membudayakan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

  2. Komited dengan budaya kerja cemerlang melalui persekitaran lebih kondusif kearah pembentukan komuniti efektif.

Falsafah EKSA

UMP komited dalam mengamalkan budaya kerja yang produktif serta persekitaran yang kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efisyen melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan

 

Konsep EKSA

Konsep EKSA (Amalan 5S) adalah seperti berikut:

  1. SISIH (SEIRI)

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

  1. SUSUN (SEITON)

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

  1. SAPU (SEISO)

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

  1. SERAGAM (SEIKETSU)

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

  1. SENTIASA AMAL (SHITSUKE)

Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

 

Pelaksanaan EKSA

EKSA dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan tadbir urus dan tindakan pengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut:

  1. Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana EKSA dan menetapkan pelan tindakan pelaksanaan yang jelas;
  2. Mewujudkan zon kerja;
  3. Mengadakan program latihan; dan
  4. Mengadakan pelancaran EKSA jabatan/agensi

Pengauditan EKSA

Selaras dengan penjenamaan semula Amalan 5S sektor awam, beberapa kriteria penilaian baharu telah dibangunkan. EKSA memperkenalkan model penilaian baharu yang mengandungi kriteria generik dan kriteria khusus yang mengambil kra kepelbagaian premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu one size fits all digantikan dengan model baharu.

Penilaian Model A adalah berdasarkan kriteria generik manakala penilaian Model B merupakan gabungan antara kriteria generik dan khusus. Kriteria penilaian yang diguna pakai adalah mengikut kesesuaian jabatan/agensi di mana terdapat 6 komponen kriteria penilaian seperti rajah di bawah. Kriteria-kriteria yang disusun adalah bersesuaian dengan keperluan yang terdapat di pelbagai jabatan/agensi. Ini bagi memastikan pengauditan dilaksanakan secara menyeluruh dan memenuhi aspek kepelbagaian dan perbezaan antara sesuatu jabatan/agensi.

 

Komponen A – Keperluan Utama Pelaksanaan

Komponen B – Ruang Tempat Kerja / Pejabat

Komponen C – Tempat Umum

Komponen D – Keselamatan Persekitaran

Komponen E – Kawasan Persekitaran Jabatan

Komponen F – Tempat Khusus