|

Prof. Engr. Dr. Ideris bin Zakaria KMN
Dekan
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel: +609-549 3005
Fax: +609-549 2998
Selamat datang ke laman web Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA), Universiti Malaysia Pahang.
Laman web ini telah disediakan untuk memberi maklumat kepada anda mengenai pengajaran, penyelidikan, perundingan dan hari-hari aktiviti akademik yang dijalankan di FKASA dari masa ke semasa.
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, UMP menyediakan program pendidikan kejuruteraan di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Siswazah dalam bidang Kejuruteraan Awam. Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang mengambil masa 4 tahun mempunyai elemen latihan praktik (di makmal atau di industri) yang berkesan dan pengetahuan Kejuruteraan Awam yang luas (broad base) dengan pengkhususan alam sekitar. Kami juga menawarkan program siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) secara penyelidikan dalam pelbagai sub-bidang Kejuruteraan Awam.
Kami mempunyai kakitangan yang berdedikasi dan komited untuk melahirkan graduan Kejuruteraan Awam yang berketerampilan, berpengetahuan tinggi dan berkebolehan untuk kemajuan Negara dan serantau.
Kami juga menyediakan perkhidmatan teknikal dan perundingan kepada pihak industri. Pihak industri adalah dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan di FKASA atau bekerjasama dengan kami.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
. Kami sentiasa mengalu-alukan komen dan cadangan dari anda.
Terima kasih. |